Clip Art

Monday, November 12, 2012

save the date


assalamualaikum ^^

10/11/12

date yang sangat nice kan. pada date tu jugak genaplah dahku berumur 23 tahun. wehuu! seronok maa.
even tak celebrate, even takda hadiah. totap dahku tidak kisah.
for those yang wish dlm facebook mahupun hantar sms, terima kasih eh?
ingatan kalian sangatlah dahku hargai. sobsss.



perempuan yang berumur 23 tahun iteww. 


thanks mak, ayah. banyak sangat pengorbanan selama 23 tahun ini. 
already 23 and i'm still single. tapi dah ckup bahagia dengan apa yang ada. :)




Tuesday, November 6, 2012

assalamualaikum^^

orang ada blog. kau pon nak ada blog. tapi malas update. nak jadi apa? hewhewhew
(ditujukan khassss buat aku) -___-

blog aku adalah blog tak berilmiah dan syok sendiri. yes, i admit it! haha
otak aku semacam tepu kalau nak hapdet benda benda ilmiah ni.

dan ntah kenapa tetiba tangan aku semacam gedik nak bukak blog ni. dh alang alang masuk kita hapdet lah kan. nak ceghita pasal current life pon, tak menarik. well, hidup terumbang ambing memang ceni. bosan bosan tapi berSYUKUR. nampak tak aku sengaja capslock kan syukur tu? sebabnya walaupon hidup aku ibarat sampan yang tiada kemudi, namun aku bahagia. ada Allah penunjuk jalan. family dan kengkawan yang sudi support and genggam tangan aku bila aku jatuh gedebukbukbuk. bukankah ini satu kebahagian hakiki?
so, please appreciate every single thing around us! jangan mengada rasa dunia ni tak adil. boleh?

ok dah. hapdet buat syarat cukop. time to zzz.
mooaahh. flying kick  kiss sebelom tidoq! babai







Sunday, November 4, 2012

edisi november.entri serius dan bermotivasi

assalamualaikum^^

babai oktober. hye hye november. please be nice yah! (kelipkelipmata)

ohh baru sedar rupanya dah 5 bulan abes blajar. takda yang berubah. sikit pon tak. hidup masih terumbang ambing. baru sedar diri. susah rupanya nak cari keja ni. dulu ingat semakin banyak hantar resume, semakin tinggi peluang dapat kerja. ceitt, hipotesis tidak mengena.

kadang kadang memang ada rasa give up jugak. knapa la susah sgt ni? xkena tang mana ni?
sangat stress bila sedara mara dah mula dok bertanya. satu perasaan rendah diri datang. aku xbagus ker? teruk sangat kah aku?

rezeki itu rahsia Allah. aku sendiri tertanya dimana kah aku pada 10 tahun akan datang. untuk itu, aku selalu mempositifkan diri sendiri. sabarkan hati sendiri. cuba untuk redha dengan satu persatu jalan hidup yang aku lalui. perancangan Allah adalah yang sebaik baik.

pada yang senasib dengan aku, sbarlah! hidup memang nampak mudah. tapi laluannya kadang kadang berduri. untuk sampai ke penghujung dengan berjaya hati kena kuat, tabah, kental.

last but not least, jangan memasang angan angan teralu tinggi. takot bila xkesampaian, terjatuh, memang sakit sangat. sakit diluar boleh diubat. di hati? meranalah diri.


- Prof Dr. Amiera-
(pakar motivasi merawat hati)




Sunday, September 23, 2012

perut, maafkan saya! -___-

Rutin makan!

23 Sept 2012

9.00 pagi
- nasi lemak dua bungkus memandangkan 1 beli sendiri 1 majikan bagi. juga melantak 2 sosej dan 1 bebola. minum air suam suam kuku.

1.00 ptg
- makan nasi putih plus lauk lauk lauk. ikutkan hati tak mau makan dah tapi tergugat iman tgk mak masak sedap sangat. ohh please len kali mak masak sardin sudah yer. minum air masak.

5.00 ptg
- ikut sepupu pegi kenduri. makan nasi ayam sepinggan penuh. minum air oren. disudahi dengan dessert yang fuuyyooo sedap sedap sedap.

6.40 ptg
- makan 3 @ 4 bijik ketupat pulut yang dibuat emak. 

10.15 mlm
- makan koay teow tomyam marvellous yang dibeli emak. 

tsskk. rasa ngeri bila list list balik senarai apa yang aku makan harini. kolestrol bnyk hoiii.
nak timbang berat pon rasa ngeri. konpem berat naik berkilo-kilo.

sooo...


ESOK NAK POSA WEEHHHHH!!!

Tuesday, June 26, 2012

kehidupan kini

assalamualaikum ^^

actually aku menaip entry ini dengan tahap kebebalan yang sangat tinggi. mahunya tidak, kelajuan berokben adalah lembab tahap dewa. begitu sengaja mendera hati dan perasaan aku ini. mahu update pon jd tersekat sekat, mahu cari keja pon terpaksa refresh berkali kali, mahu berfesbuk juga xloading penuh. grrrrr

ohh..yaa. lupa nak bagitau..eh, bajet orang nak taw pulak psal aku kannn..xkisah la derr..totap jugak nak bgitau yang pada saat ini dan ketika ini aku sudah bergelar penganggur. perasaan? sungguh bahagia tidak terkata, wuhuuu.. pertama tama sekali rasa best sbb tak terikat dengan sebarang tanggungjawab sbgai student dah. i mean no more assigment, presentation, test, final, n bla bla bla...so bleh khatam 5 6 episod drama korea tanpa rasa bersalah sedikit pon dan juga mampu tidoq tanpa batasan di siang hari. indah bukan? heuheuheu. eh, tp jangan ingat  aku pemalas pulak yer, asek nak tdoq ajer. pagi pagi tetap bangun awal kemas rumah, masak masak, mopmop. dalam pkul 2 lbih2 baru lah tdoq, afdal kan? motif cerita? nak backup diri sendiri lettew! hikhik (gelak sopan sopan smbil tutup mulut)



unofficially grad. wehoo! 



BYEP!







Friday, June 1, 2012

edisi lap habuk!

assalamualaikum^^

hye june!
plez be nice to me!
moga bunga bunga berkembangan di bulan ini =)

Tuesday, March 6, 2012

penat!

assalamualaikum^^

hye readers!


update entry dengan sangat lemau skali.
sekarang ni penat, mengantok saling bersatu. yang merananya tentulah tuan punya badan.
research pon dah ke laut. pencarian literature review yang tidak berkesudahan. penat memang penat.
tiada pilihan lain melainkan search dan terus mengesearch. moga Allah permudahkan segalanya untukku~

Sunday, February 26, 2012

tolong beritahu si dia~





Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...




Monday, February 20, 2012

inilah kehidupan



assalamualaikum ^^

kadang-kadang kehidupan ni terasa sangat panjang. rasa nak masa cepat cepat berlalu. 
kadang-kadang terasa kehidupan terlalu cepat berlalu. rasa nak undur balik masa yang berlalu tu.
tapi, untuk saat ini, aku betol-betol nak masa tu cepat cepat berlalu. entah kenapa saat ini merupakan saat yang tak membahagiakan.
sebenar-benarnya hati ini dah terlalu penat. penat menahan rasa, penat menahan ragam manusia.
andai aku boleh pergi jauh, akan ku tinggalkan semua kelelahan ini. 
biar aku bahagia sendiri. hidup dengan caraku.

Friday, February 10, 2012

malam ini

assalamualaikum dear readers! ;)

just short update!
malam ni adalah malam yang sangat tenang tahu? mendengar titis titis hujan menimpa atap bumbung, dengan angin yang sepoi sepoi bahasa sambil melayan puisi cerita terindah, ohh, heavennyaa. lagi bertambah heaven bila mana esok adalah hari cuti, hari yang sangat sangat ku tunggu, seriously! dalam kepala hotak siap da buat perancangan nak bangun pkul brapa. memang dasar tak leh wat menantu. ye, aku tahu tu.


huwaaarrgghhh..ngantok sudah. time to sleep yah! nite people ^__^






Wednesday, February 8, 2012

edisi luahan perasaan.

assalamualaikum ^^

from my personal opinion la kan, bekerja dengan lelaki lebih senang dari perempuan. setuju tak?
bukan apa, staf lelaki ni tahap profesionalism dia lebih tinggi. biasa la kan, kebanyakan lelaki adalah cool, so kalau hang patplohjuta kali dok bertanya benda yang sama pon depa still boleh rileks, senyum lagi. siap bimbing selow selow dengan muka yang paling ikhlas. ohh incik ensem, terima kasih! *tetibaa~~ :p

tapi jangan salah paham, perbandingan ni aku tak buat secara rambang yer, tapi berdasarkan experience selama 4 hari berpraktikal. kalau kena kat staff perempuan, amboii.. ikut mud dia ajer. ajaq pon kemain cepat. naseb baek la aku ni fast learner (la sangat kan), tp kadang kadang blur tu datang jugak. bila nak bukak fail customer, asal jer benda yang aku konfius, aku akan was was nak tnya ke tak. bukan per, tgk muka akak tu yang monyok aku da gerun dah.haha

bila ada benda yang aku terbuat silap, tunjuk muka innocent je la. bajet budak baru belajar..kehkehkeh.
lagi pon bukan salah aku sangat pon, sapa suruh ajar kelam kabut sangat, huh!
senang citer, aku tak sabar sabar nak bertukar ke unit laen. da bosan sangat dah unit pembiayaan ni. cepat cepat la sebulan tu berlalu. -__-



*sekadar selingan*


                 hmm..sangat rindu makcik makcik ini. bila la dapat jumpa yer? T__T



psst: tajuk tesis masih blur. tlong pkirkan untuk aku jap bley? hikhik. saja nak makan penampar engkorang.
terima kaseh. 

Friday, February 3, 2012

it's the truth

assalamulaikum^^



        tak disangkal kan, perempuan bila putus cinta pada hari pertama memang akan nangis smahunya untuk meluahkan  semua kesakitan yang dia alami. tapi lepas tu, no more crying. dia akan menikmati hidupnya semula seperti sedia kala malah akan menjadi lebih tabah dari biasa. meskipun perempuan dilihat sebagai insan yang lemah, tetapi hakikatnya dia mempunyai kekuatan dalaman yang tak mampu dilihat. 

        lelaki..kamu sering dilabel sebagai insan yang kental, kuat.. apabila putus cinta, kamu mungkin mampu menutup kesedihan hatimu dengan berpura pura gembira dan tidak terkesan dengan apa yang terjadi. but after that, kamu akan merasakan sakitnya kerana hakikatnya kamu tak mampu bersendirian  tanpa wanita...

it's the truth.......

sibuk itu fun

assalamualaikum ^^

first and second day praktikal sungguh la memboringkan. sumpah aku rasa macam patung kt dalam office tu. haishh. tlong la kasik keja kepadaku. plez, plez, plezzzz. kalau la macam ni tiap tiap hari, jenuh la nak harung 5 bulan dalam kebosanan. pandang kanan, pandang kiri, pandang depan, pandang blakang. ouhhh..bosannya! sigh~~

tak paham aku, kengkawan yang laen kemain benar sibuknya. aku pulak siap boleh berangan angan bersanding di pelaminan indah lagi, canner tu? salah siapakah ituuuu? kalau boleh nak rasa jugak perasaan bizi tu sampai tak sempat nak toleh pon. ini baru fun.

hopefully, minggu depan ada la sinar baru untukku..ewahh. tak da la aku menghitung waktu nak balik sangat. kalau semacam jugak dengan 2 hari yang berlalu ini, ohh yess, i'm die! -__- terima kaseh.



Thursday, February 2, 2012

kutetap menanti - nikita willy

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang
Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu





psstt: saja tetiba rasa nk tukar lagu dalam blog ni pulak. suka x? klu rasa bising harap dimaafi yer.kehkehkeh =p

Monday, January 30, 2012

someone like you


Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead 

assalamualaikum ^^

untuk makluman semua *bajet nak buat announcement* tempat prktikal aku da brtukar. last last minit dapat offer dari bank rakyat. actually, aku da xmengharap apa apa pon dari bank rakyat ni. rezeki agaknya kan. bukak emel tup tup eh, dari jabatan pentadbiran latihan? trus hati berdebar debar..kehkehkeh

emel yang telah mengubah segalanya..heuheu



tarikh lapor diri aku adalah 2 Feb. so, pada ketika ni aku memanglah tersangat nervous melampau. sehinggakan menaip entry ini pon terasa menggigil jari jemari. *okeh, sangat over nervousnya*

macam macam benda sebenarnya aku terpikir. kadang-kadang rasa xkonfident mampu ke tak nak wat kerja ni. sebelum ni hanya blajar teori part je kan. tu pon time exam ja yang sibok menghafalnya, lepas dari tu trus out..haha.

 actually, pada mulanya aku rasa mcam nak lepaskan ja tawaran ni. tapi ayah n mak aku kemain menentangnya,siap cakap,

 " kaklong penat penat belajaq pasal bank 5 tahun takkan takmau nak keja dengan bank? time ni la nak cari pengalaman. tak payah nak kira dengan kawan, bila nak mntak keja nanti pon sorang sorang jugak. ayah tak setuju camna pon p jugak bank rakyat"

tudiaa..ini baru kuasa veto yang sebenarnya okeh. tapi, ada benarnya jugak kan. setelah difikir fikir, smpai bila aku nak ikut perasaan takot ni. takmau ambik risiko. semua nak mudah, nak selesa. memang takkan kemana nanti. cabaran ada dimana-mana, kesungguhan dan ketabahan tu yang paling penting, kan?

untuk mengembalikan keyakinan yang turun naek ni, meh renungkan bersama mutiara kata ini..

Kepedihan dalam mencapai cita-cita adalah nikmat,
keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan,
peluh kerana kerja adalah pewangi,
dan pujian yang baek adalah wewangian yang semerbak.


be cool. be happy. insyaallah everything will be ok. terima kasih meluangkan masa ^__^



Monday, January 9, 2012

ya! ini khabar gembira

assalamualaikum.



legaaa..finally i got the practical placement. heh! kemain susah benar nak dapatkan tempat. suma tempat macam sangat limit. so, pagi tadi bilamana PERKESO call and bagitau yang dia setuju nak ambik aku as practical student, terasa sangat sangat sangatlah lega. happy?excited? xsangat ponn.. sbabnya bagi aku asal ada  jer dari xda..kekeke ;P

so, xsampai sbulan pon dari sekarang aku kan start praktikal. rasa macam xpecaya da nak habis blajar rpanya -__-  cepat betol msa bejalan, ehh..tak tak, msa da berlari sekarang. jadiknya, lepas ni kenalah prepair diri sendiri agar lebih bermatlamat..hikhik. padahal azam tahun baru 2012 pon tak list lagi. ehh, jap jap..setahu aku, setiap tahun aku mana da azam, klu ada pon xpnahnya nak tertunai, kekeke..canner tu?

pada kekawan uitm bib part 5 yang tak dapat lagi tu, nasihatku untuk kamu kamu, sila teruskan usaha ya? hantar dan terus hantar permohonan lagi. esok lusa ada la tu. kalau xdak jugak sila la buat praktikal anda di rumah sja, heh! :p



psst: dear friends, plez pray for me for my last paper on this 16th january ya? PEACE YAWW ^__^