Sunday, November 4, 2012

edisi november.entri serius dan bermotivasi

assalamualaikum^^

babai oktober. hye hye november. please be nice yah! (kelipkelipmata)

ohh baru sedar rupanya dah 5 bulan abes blajar. takda yang berubah. sikit pon tak. hidup masih terumbang ambing. baru sedar diri. susah rupanya nak cari keja ni. dulu ingat semakin banyak hantar resume, semakin tinggi peluang dapat kerja. ceitt, hipotesis tidak mengena.

kadang kadang memang ada rasa give up jugak. knapa la susah sgt ni? xkena tang mana ni?
sangat stress bila sedara mara dah mula dok bertanya. satu perasaan rendah diri datang. aku xbagus ker? teruk sangat kah aku?

rezeki itu rahsia Allah. aku sendiri tertanya dimana kah aku pada 10 tahun akan datang. untuk itu, aku selalu mempositifkan diri sendiri. sabarkan hati sendiri. cuba untuk redha dengan satu persatu jalan hidup yang aku lalui. perancangan Allah adalah yang sebaik baik.

pada yang senasib dengan aku, sbarlah! hidup memang nampak mudah. tapi laluannya kadang kadang berduri. untuk sampai ke penghujung dengan berjaya hati kena kuat, tabah, kental.

last but not least, jangan memasang angan angan teralu tinggi. takot bila xkesampaian, terjatuh, memang sakit sangat. sakit diluar boleh diubat. di hati? meranalah diri.


- Prof Dr. Amiera-
(pakar motivasi merawat hati)




No comments:

Post a Comment