Clip Art

Sunday, February 26, 2012

tolong beritahu si dia~





Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...




Monday, February 20, 2012

inilah kehidupan



assalamualaikum ^^

kadang-kadang kehidupan ni terasa sangat panjang. rasa nak masa cepat cepat berlalu. 
kadang-kadang terasa kehidupan terlalu cepat berlalu. rasa nak undur balik masa yang berlalu tu.
tapi, untuk saat ini, aku betol-betol nak masa tu cepat cepat berlalu. entah kenapa saat ini merupakan saat yang tak membahagiakan.
sebenar-benarnya hati ini dah terlalu penat. penat menahan rasa, penat menahan ragam manusia.
andai aku boleh pergi jauh, akan ku tinggalkan semua kelelahan ini. 
biar aku bahagia sendiri. hidup dengan caraku.

Friday, February 10, 2012

malam ini

assalamualaikum dear readers! ;)

just short update!
malam ni adalah malam yang sangat tenang tahu? mendengar titis titis hujan menimpa atap bumbung, dengan angin yang sepoi sepoi bahasa sambil melayan puisi cerita terindah, ohh, heavennyaa. lagi bertambah heaven bila mana esok adalah hari cuti, hari yang sangat sangat ku tunggu, seriously! dalam kepala hotak siap da buat perancangan nak bangun pkul brapa. memang dasar tak leh wat menantu. ye, aku tahu tu.


huwaaarrgghhh..ngantok sudah. time to sleep yah! nite people ^__^






Wednesday, February 8, 2012

edisi luahan perasaan.

assalamualaikum ^^

from my personal opinion la kan, bekerja dengan lelaki lebih senang dari perempuan. setuju tak?
bukan apa, staf lelaki ni tahap profesionalism dia lebih tinggi. biasa la kan, kebanyakan lelaki adalah cool, so kalau hang patplohjuta kali dok bertanya benda yang sama pon depa still boleh rileks, senyum lagi. siap bimbing selow selow dengan muka yang paling ikhlas. ohh incik ensem, terima kasih! *tetibaa~~ :p

tapi jangan salah paham, perbandingan ni aku tak buat secara rambang yer, tapi berdasarkan experience selama 4 hari berpraktikal. kalau kena kat staff perempuan, amboii.. ikut mud dia ajer. ajaq pon kemain cepat. naseb baek la aku ni fast learner (la sangat kan), tp kadang kadang blur tu datang jugak. bila nak bukak fail customer, asal jer benda yang aku konfius, aku akan was was nak tnya ke tak. bukan per, tgk muka akak tu yang monyok aku da gerun dah.haha

bila ada benda yang aku terbuat silap, tunjuk muka innocent je la. bajet budak baru belajar..kehkehkeh.
lagi pon bukan salah aku sangat pon, sapa suruh ajar kelam kabut sangat, huh!
senang citer, aku tak sabar sabar nak bertukar ke unit laen. da bosan sangat dah unit pembiayaan ni. cepat cepat la sebulan tu berlalu. -__-



*sekadar selingan*


                 hmm..sangat rindu makcik makcik ini. bila la dapat jumpa yer? T__T



psst: tajuk tesis masih blur. tlong pkirkan untuk aku jap bley? hikhik. saja nak makan penampar engkorang.
terima kaseh. 

Friday, February 3, 2012

it's the truth

assalamulaikum^^



        tak disangkal kan, perempuan bila putus cinta pada hari pertama memang akan nangis smahunya untuk meluahkan  semua kesakitan yang dia alami. tapi lepas tu, no more crying. dia akan menikmati hidupnya semula seperti sedia kala malah akan menjadi lebih tabah dari biasa. meskipun perempuan dilihat sebagai insan yang lemah, tetapi hakikatnya dia mempunyai kekuatan dalaman yang tak mampu dilihat. 

        lelaki..kamu sering dilabel sebagai insan yang kental, kuat.. apabila putus cinta, kamu mungkin mampu menutup kesedihan hatimu dengan berpura pura gembira dan tidak terkesan dengan apa yang terjadi. but after that, kamu akan merasakan sakitnya kerana hakikatnya kamu tak mampu bersendirian  tanpa wanita...

it's the truth.......

sibuk itu fun

assalamualaikum ^^

first and second day praktikal sungguh la memboringkan. sumpah aku rasa macam patung kt dalam office tu. haishh. tlong la kasik keja kepadaku. plez, plez, plezzzz. kalau la macam ni tiap tiap hari, jenuh la nak harung 5 bulan dalam kebosanan. pandang kanan, pandang kiri, pandang depan, pandang blakang. ouhhh..bosannya! sigh~~

tak paham aku, kengkawan yang laen kemain benar sibuknya. aku pulak siap boleh berangan angan bersanding di pelaminan indah lagi, canner tu? salah siapakah ituuuu? kalau boleh nak rasa jugak perasaan bizi tu sampai tak sempat nak toleh pon. ini baru fun.

hopefully, minggu depan ada la sinar baru untukku..ewahh. tak da la aku menghitung waktu nak balik sangat. kalau semacam jugak dengan 2 hari yang berlalu ini, ohh yess, i'm die! -__- terima kaseh.



Thursday, February 2, 2012

kutetap menanti - nikita willy

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang
Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu





psstt: saja tetiba rasa nk tukar lagu dalam blog ni pulak. suka x? klu rasa bising harap dimaafi yer.kehkehkeh =p