Clip Art

Monday, January 30, 2012

assalamualaikum ^^

untuk makluman semua *bajet nak buat announcement* tempat prktikal aku da brtukar. last last minit dapat offer dari bank rakyat. actually, aku da xmengharap apa apa pon dari bank rakyat ni. rezeki agaknya kan. bukak emel tup tup eh, dari jabatan pentadbiran latihan? trus hati berdebar debar..kehkehkeh

emel yang telah mengubah segalanya..heuheu



tarikh lapor diri aku adalah 2 Feb. so, pada ketika ni aku memanglah tersangat nervous melampau. sehinggakan menaip entry ini pon terasa menggigil jari jemari. *okeh, sangat over nervousnya*

macam macam benda sebenarnya aku terpikir. kadang-kadang rasa xkonfident mampu ke tak nak wat kerja ni. sebelum ni hanya blajar teori part je kan. tu pon time exam ja yang sibok menghafalnya, lepas dari tu trus out..haha.

 actually, pada mulanya aku rasa mcam nak lepaskan ja tawaran ni. tapi ayah n mak aku kemain menentangnya,siap cakap,

 " kaklong penat penat belajaq pasal bank 5 tahun takkan takmau nak keja dengan bank? time ni la nak cari pengalaman. tak payah nak kira dengan kawan, bila nak mntak keja nanti pon sorang sorang jugak. ayah tak setuju camna pon p jugak bank rakyat"

tudiaa..ini baru kuasa veto yang sebenarnya okeh. tapi, ada benarnya jugak kan. setelah difikir fikir, smpai bila aku nak ikut perasaan takot ni. takmau ambik risiko. semua nak mudah, nak selesa. memang takkan kemana nanti. cabaran ada dimana-mana, kesungguhan dan ketabahan tu yang paling penting, kan?

untuk mengembalikan keyakinan yang turun naek ni, meh renungkan bersama mutiara kata ini..

Kepedihan dalam mencapai cita-cita adalah nikmat,
keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan,
peluh kerana kerja adalah pewangi,
dan pujian yang baek adalah wewangian yang semerbak.


be cool. be happy. insyaallah everything will be ok. terima kasih meluangkan masa ^__^



No comments:

Post a Comment