Clip Art

Monday, July 11, 2011

bahagiaku..sedihku..

assalamualaikum..


hye! sebelom apa apa, tlong jangan gosok gosok mata anda smbil memikirkan yang anda sudah rabun. ohh tidakk!! aku sebenarnya yang berasa dengki tahap tertinggi sehingga memblurkan pic ini dengan harapan muka sendiri tidak dapat dilihat dengan jelas. baek kan aku? eheee

now, aku terasa nak update kan kehidupan aku kat merbok time cuti semester neh.. siryes aku cakap rasa terseksa gila bila duk sini sedangkan kengkawan yang laen sedang enak menikmati cuti kat rumah.. kadang kadang rasa kesepian dihati tapi tak siapa yang taw.. rasa nak menangis tapi xkuar air mata.. apakah?
bila da keja sedikit sebanyak terasa kehidupan pon da mkin laen dari dulu bilamana awal awal pagi aku terpaksa kuatkan hati untuk bgun awal-awal.. kadang kadang bila mengantuk sangat aku hanya mampu bebal dalam hati smbil motivate diri balik untuk mulakan hari dengan ceria. bila da balik keja pulak aku still xboleh menggoyang kaki depan tv smbil melenggak makan kuaci.. aku terpaksa gegas gegas masuk dapur untuk masak pulak.. kadang kadang memang rasa diri sangat superb sebab mampu buat semua ini sedangkan dulu aku jenis yang suka manjakan diri and xmau buat sumthing yang akan buat aku rasa letih.. now, aku da mencabar keupayaan diri sendiri!ohh, well done myra!*smbil tepuk bahu sendiri*
saat dan hari paling indah adalah pada hari khamis tepat pukul 3.30 petang. time ni xtergambar rasa seronoknya sebab buleh balik rumah even cuti hanya 2 hari tapi sangat lah bermakna yok!~~ ^__^

psstt: bulan puasa da xlama dh..urrgghh.. sadis!

Saturday, July 9, 2011



Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.


A Samad Said

Tuesday, July 5, 2011

terhapus kesedihan

perjalanan hidup penuh rona..
senyum yang terukir tanda hati bahagia...
air mata yang mengalir membawa khabar duka..
hati tertanya-tanya dosa apa sehingga ditimpa sengsara...

"seseorang Muslim itu tidak ditimpa sesuatu keletihan,
penyakit, masalah (kebingungan) kesedihan (kerana kehilangan sesuatu)
kesengsaraan dan dukacita sehinggakan  (kepada) duri yang munusuknya (menyakitinya)
kecuali ALLAH menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya"
~Hadis Riwayat A-Bukhari~



binalah taman dan syurga di hati agar hati diselimuti kedamaian dan ketenangan.
mulalah memburu siang dengan nama ALLAH dan lena malam berbantalkan kalimat-Nya.
baca AL-QURAN dan terjemahannya, tunaikan solat wajib dan solat hajat, juga pohonlah agar diberikan jalan lurus dalam meniti kehidupan. jadilah seperti mata air yang tidak pernah berhenti melepaskan airnya ke sungai tanpa mengharapkan air itu kembali. jadilah bak mentari yang tidak pernah berhenti memberi cahaya tanpa minta mengharap cahaya itu akan kembali sebagai balasan.



from my heart: knapa dgn hati? knapa da rasa ini?
knapa prlu rasa letih nak jd diri sendiri?
cukup lah! perlu berhenti mengharapkan pelangi..
perjalanan masih jauh. tabahkan hati. langkahkan kaki.
esok masih ada sinarnya....