Clip Art

Tuesday, July 5, 2011

terhapus kesedihan

perjalanan hidup penuh rona..
senyum yang terukir tanda hati bahagia...
air mata yang mengalir membawa khabar duka..
hati tertanya-tanya dosa apa sehingga ditimpa sengsara...

"seseorang Muslim itu tidak ditimpa sesuatu keletihan,
penyakit, masalah (kebingungan) kesedihan (kerana kehilangan sesuatu)
kesengsaraan dan dukacita sehinggakan  (kepada) duri yang munusuknya (menyakitinya)
kecuali ALLAH menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya"
~Hadis Riwayat A-Bukhari~



binalah taman dan syurga di hati agar hati diselimuti kedamaian dan ketenangan.
mulalah memburu siang dengan nama ALLAH dan lena malam berbantalkan kalimat-Nya.
baca AL-QURAN dan terjemahannya, tunaikan solat wajib dan solat hajat, juga pohonlah agar diberikan jalan lurus dalam meniti kehidupan. jadilah seperti mata air yang tidak pernah berhenti melepaskan airnya ke sungai tanpa mengharapkan air itu kembali. jadilah bak mentari yang tidak pernah berhenti memberi cahaya tanpa minta mengharap cahaya itu akan kembali sebagai balasan.



from my heart: knapa dgn hati? knapa da rasa ini?
knapa prlu rasa letih nak jd diri sendiri?
cukup lah! perlu berhenti mengharapkan pelangi..
perjalanan masih jauh. tabahkan hati. langkahkan kaki.
esok masih ada sinarnya....




Sunday, June 26, 2011

first day kerja..what's up ?

assalamualaikum..
hye!!



untuk hari pertama kerja..begini lah keadaannya kawan2..i'm so sleepy..muahaha
tetambah time petang..kentalkan diri jugak untuk bukak mata luas luas..
teruskan segala kerja yang diberi dan menyelesaikannya dengan penuh dedikasi =)
bila dapat kerja, tarik nafas, senyum dan buat dengan ikhlas
overall kerja kt situ xlah berat..aku siap leh goyang goyang kaki sambil bersmbang kencang lagi..
so, aku langsung xda tekanan n enjoy bekerja dgn hepi..ehee


psstt: banyak pengalaman aku kutip harini..thanks tuk suma pekerja yang sangat mesra alam..^__^


Saturday, June 25, 2011

kerja ohh kerja


assalamualaikum..

esok (26hb 6) aku akan start bekerja..oyeaahh~~
so,rasa macam satu permulaan baru dalam hidup *okeh statement agak over* haha
agak nerves la nak start keja ni..almaklumlaa, arini dalam sejarah okeh time cuti aku bkerja smbilan..
entah camna tetiba aku dapat kesedaran untuk tidak terus membina badan shaja di rumah..
rasa nak challenge dri sendiri dengan brgiat aktif dan bersosial dgn msyrakat di luar..adakah perubahan ini disebabkan oleh peningkatan usia ? ermmm..*terus menghadap cermin mencari kedutan di wajah* ohh..xda..lega~~

okeh..berbalik pada soal kerja, percaya x dulu aku pnah bekerja kilang..tp serius! believe me!ini bukan cobaan, ini betol2..tapi aku hanya merasai kemanisan bekerja kilang hanya 4 hari sahaja..dan yang sadisnya aku xsempat nak merasai manisnya mendapat gaji pertama..wuwuw..ini semua disebabkan daya imunisasi yang rendah *ada kaitan ker?* yang mnyebabkan aku trus mangambil kputusan drastik untuk berhenti tanpa ragu-ragu..cuba lah byangkan aku bekerja shift start dari pkul 3 ptg-12 tgh mlm dengan berdiri tanpa duduk walau sesaat *kecuali time rehat* sangat sangat letih..paling menyayat hati jejari runcingku mengalami luka luka akibat terlalu banyak memasukkan logo tanpa henti demi mngejar line yg sedang rancak berjalan..terasa mnyebal di dalam hati..tapi sabau sja lah!! tapiiiiiiiiiiiiiiiii... yang aku suka adalah operator dia baek2 blaka.. bila diorang tgk aku terkial kial mngejar line..suma pakat2 datang mnolong..tmbah2 lg INCIK LIM *hentam sajala..aku xingat nma daa* datang menolong..serius rasa best..mybe sbb muka dia cute...ohh, apakah ? ehee ^__^
.
nak taw x kilang per yg aku keja?


TAAARRRAAA!!!


 
kilang sony okeh? haha